Monday, May 4, 2015

Temuduga UiTM - Seni Lukis Dan Seni Reka [(AD110]


ASSALAMUALAIKUM

Actually, dah lama aku nak cerita pasal ni. Tapi asyik terlupa je. Sebab aku tahu, benda ni ada gunanya satu hari nanti bagi budak-budak yang dapat IV(INTERVIEW) UiTM macam aku ni lelagi yang under fakulti art & design ni. So aku pun gagahkan diri taip entry untuk adik-adik yang tercinta bhahahahahahahaha. Entry ni agak sedikit boring sebab cuma ada satu gambar je. Sebab time IV ritu aku tak amik gambar langsung weh. Punyalah nervous hahaha.


So, sebelum IV tu aku dapat message daripada no 15888 cakap suruh aku check laman webhttp://online.uitm.edu.my/ sebab dia kata keputusan temuduga dh keluar. Tapi aku tak expect apa-apa lagi. Sekali je bila aku masukkan je no ic aku.....



      

Alhamdulillah :') Aku dapat pergi Interview dekat uitm Pasir Gudang under course yang aku sangat-sangat minat even dulu aku bukan budak seni. Tapi bercita-cita nak jadi fashion designer. Ramai jugaklah yang pelik asal aku pilih seni 1st time upu. Senang je jawappannya, minat :) Kalau buat benda yang kita minat lagi best sebenarnya hehe





Dan tibalah hari yang ditunggu-tunggu... Aku gerak daripada rumah pukul 6:45 macamtulah sebab rumah aku nak ke pasir gudang agak jauh..Attire aku? Dekat dalam surat yang korang kena print nt dia akan cakap suruh pakai baju kurung or baju kebaya kan tapi maybe aku ni memang jenis bukan yang suka ikut peraturan so.. aku pakai peplum hitam, skirt mermaid hitam-gold, tudung merah, kasut merah dan stoking.. Hahahaha memang serious ah aku cakap, aku sampai-sampai je orang usha lama je sebab aku kot paling over tapi pergi lantak ler. Asalkan aku selesa and aku confident pakai gitu hihi



Dan sampai-sampai je kena beratur jap.. Tepat 8:30 a.m, semua budak art&design diminta untuk naik ketingkat dua. Family kena tunggu bawah so aku dh macam alaaaaaa macam mana niiiii.. aku bukan ada kawan pun. Tapi sebenarnya tak pun, sebelum naik lift aku dah dapat kawan hehehe ceh. Dia yang tegur aku dulu lah tapi ahahaha. Naik je atas teruk check nama ada ke tak dekat pintu bilik tu and you know wht?! Nama aku langsung takdaaaaaa. Aku dh carik banyak kali but still takda. Sumpah rasa risau gila tapi aku try coolkan diri aku. 


Then kitorang kena daftar bagi surat tawaran apa semua tu, Alhamdulillah nama aku ada. Borang aku ada ok haih buat terkezutt i je tau uols ni patahkan tengkuk kang hm... Sebelum melukis tu aku pun kenal-kenal lah dengan budak-budak lain. And what makes me shocked is bila aku tanya budak-budak tu dulu diorang amik apa, kebanyakkan akan jawab amik science lah akaun lah.. Same like me.Hihi. So, dalam 9:45 kitorang start ujian melukis.. Nanti dia letak mcm2 benda depan korang and yang paling penting benda tu ada meja, then ada kerusi, ada kain and ada objek lain. Kalau time aku, ada tupperware bebanyak.  Macam biasa, lukisan aku memang harok gila. Ye ah aku mana pandai lukis benda real gitu. Illustrate baju pandai ah haha tapi aku try jugak sebaik mungkin.



Then lepas dah siap melukis, masa dah tamat. Dia akan bagi kau satu kertas then dekat kertas tu dia suruh korang label no 1-9 apa yang kau minat lah. Make sure yang no 1 tu yang korang paling minat and make sure dah ada jawapan asal korang pilih course tu and apa-apa soalan lain yang ada kena mengena dengan course tu. Macam aku, for sure lah aku pilih fashion no 1 and photography no 2. Then kitorang semua dibawa ke bilik interview... Dia suruh duduk ikut no dan aku no 9! Syukur Alhamdulillah aku tak kena duduk depan budak lelaki. Kalau tak mesti aku jadi pendiam seperti seekor semut hm... Aku duduk sebelah Farah Shahira Bt Ishak (hafal nama dia sebab nama ayah kitorang sama) hehe. So lepas dalam 15 minit aku tunggu, no aku pun kena panggil.. Aku dapat interviewer yang tak banyak tanya, syukur. Bhahaha. So, ini lah sedikit demi dikit soalan yang dia tanya aku ritu.


1stly, dia suruh aku introduce diri aku..



IV: Siapa fashion designer yang awak tahu dlm Malaysia ni?
me: Fizi woo, Jovian Mandagie, Lynda Rahim, and Rizman Ruzaini.
IV: ok perasan tak yang awak sebut tadi kebanyakkannya fashion designer lelaki? So awak rasa kenapa lelaki lagi ramai dpd perempuan yang jadi fashion designer?
me: Sebab lelaki lagi tahu and nampak apa yang cantik pada perempuan.
IV: Perempuan tak nampak ke??
me: Tak, dia cuma nampak apa yang cantik pada diri dia and dia design baju berdasarkan apa yang dia suka and apa yang cantik pada dia, bukan perempuan lain.


...
..
..
ok mcmni actually aku lupa tau dia tanya apa lagi. Itu je aku ingat bahhahaha. Sorry guys. Doakan aku dapat ok IV ni. Thanks. By! :D 







*UPDATE* 6 MEI 2015

Alhamdulillah aku berjaya ditawarkan dalam program Art & design di UiTM! :')

17 comments:

  1. sy dpt course dan tempat yang sama. saya interview 23 April 2016. nervous sangat. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodluck okay!! Makesure pilih course fine metal hahahaha :D

      Delete
    2. Dah keluar ea result utk art & design? Bkn minggu kedua mei ke?

      Delete
    3. Dah keluar ea result utk art & design? Bkn minggu kedua mei?

      Delete
    4. Dah keluar ea result utk art & design? Bkn minggu kedua mei?

      Delete
  2. Thank you so much ! Its really help

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi welcome and thanks for reading! Gdluck iv nt ;)

      Delete
  3. brapa lama nak tunggu keputusan dapat masuk uitm selapas iv tu? saya ada iv 23 ni huhuhuhu..ketaq gak laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak lupa la pulak, tapi tak sampai sebulan pun.. Goodluck!! Makesure pilih course Finemetal okay? hehehe

      Delete
  4. kak,nak pergi interview tu nak bawak apa je? contoh mcm sijil , cop ketua kampung boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! yang saya ingat cuma kena bawak sijil and hasil kerja kita, mcm lukisan ke apa ke. Kalau dulu u budak seni then u boleh bawak hasil kerja u. Rasanya yg cop tu dulu mintak pengetua copkan tau. And fr sure kena bawak pensel and alat melukis lain sbb nt kena lukis2 hehehe Gdluck Interview nt! :)

      Delete
  5. Kak, dulu masak akak iv dia ada minta portfolio dalam cd format yang bersesuaian tak? Saya tak faham haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cd format??? Hahahaha takde pulak. Kitorang just kena bawak lukisan2 and artworks yang kita buat tu dalam file biasa macamtu je. Maybe korang kena scan artwork tu then kena masukkan dalam cd/pendrive kot? kot la hahahahaha

      Delete
  6. salam..bole tanya? sy dapat interview seni reka tekstil 21 mei 2016.. :)
    artwrks tu ada minimum dia tak? contoh, macam 10 karya je atau lebih?
    p/s: sy bkn student art sebelum ni.. tu pasal nervous sikit..hehe
    thank you :)

    ReplyDelete

BUDAK DOAKAN SAYA 9A+ SPM 2014. AMINN